Karangan Terbaik UPSR 2007
Karangan budak darjah 4
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga
mencapai
takat
suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah
jadi
air
batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam
batang
paip.
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun
api
kerana
tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya
menemaninya
ke
pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan
garfu
barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan
sejauh 120
kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari
rumah. Lagi
8
kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori
kontena
meluru
dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke
dalam gaung.
Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan
mengejar
lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak
saya kerana
takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu
nampak
kami
mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan
kelajuan
cahaya... Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju
iaitu sama
dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang
tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar
pembahagi
jalan
lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya
mati.
Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman
dan
memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
dalam
lori
dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh
di
udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa
sebuah
helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar
pemandu
feri
yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi
pemandu
feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu
pecah...
Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia
meminta maaf
dari
emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi
emak
saya
masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat
tangan
pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu
menjerit
"Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar
helikopter itu
ke
Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia
terus
memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil
memarahi
pemandu
lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak
saya cakap
orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama
kemudian
kereta
polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya
tentang
kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis
itu
terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat
kejadian
kerana
ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang
bertugas cuba
menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan
pembesar
suara.
Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk
mengelak
lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya
menceritakan
kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan
peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu
semuanya
terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik
ke
rumah.
Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun
mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum
saya mati.
www.groupautomobil.blogspot.com - File - Pengumuman - Sekatan Email
-
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kepada ahli-ahli group yang telah "DISEKAT" dari menghantar email ke
group dan inginkan status normal (Boleh Pos...
No comments:
Post a Comment