Ditulis oleh Admin
Khamis, 18 Disember 2008 00:00
Walaupun wanita itu halal bagi lelaki dengan melalui pernikahan akan tetapi bukanlah bererti suami boleh berbuat sekehendak hatinya terhadap isterinya. Kesopanan, kehalusan budi dan menjalankan kewajipan-kewajipan sangatlah dituntut. Di dalam berjimak ada beberapa larangan yang telah ditentukan oleh syarak dan mendapat hukuman tercela bagi yang melakukannya.
• Islam melarang bagi pasangan suami isteri membuka rahsia atau menceritakan hubungan seks mereka kepada orang lain. Dalam sebuah hadith diterangkan bagi lelaki yang menceritakan adegan jimak mereka kepada orang lain tergolong seburuk-buruk manusia di sisi Allah.
• Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya melalui lubang duburnya. Dalam sebuah hadith diterangkan "terkutuk dan terlaknat siapa yang mendatangi isterinya dari lubang duburnya".
• Islam melarang bersetubuh dengan isteri yang dalam keadaan haid dan nifas.
Diantara ada-adab jimak yang dianjurkan antara lain:
• Dalam melakukan jimak niatkan dalam hati untuk memenuhi kewajipan daripada Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW bukan semata-mata memuaskan hawa nafsu.
• Sebelum bersetubuh membaca doa.
• Waktu bersetubuh dilakukan dengan hati yang gembira, tidak dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu kenyang sebab akan mengurangi nikmat persetubuhan.
• Memakai haruman-haruman dan pakaian yang bersih.
• Suami tetap berusaha untuk mencapai kepuasan secara bersama jangan hanya mementingkan diri sendiri. sebaiknya tunggu isteri mencapai klimaks terlebih dahulu.
• Dianjurkan berwuduk sebelum berjimak.
• Dianjurkan juga setelah bersetubuh, suami mahupun isteri mencuci kemaluannya dengan bersih.
www.groupautomobil.blogspot.com - File - Pengumuman - Sekatan Email
-
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kepada ahli-ahli group yang telah "DISEKAT" dari menghantar email ke
group dan inginkan status normal (Boleh Pos...
No comments:
Post a Comment