Memilih Isteri Dengan Baik

"Dan, kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan
orang-orang yang (berkahwin) dari hamba-hambanya sahayamu yang lelaki
dan hamba-hambanya sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah
(SWT) akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan, Allah (SWT) Maha
Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (An-Nur : 32 )

Ciri – ciri isteri solehah yang telah ditetapkan dalam sunnah
Rasulullah saw:

Menjalankan perintah agama, wanita yang cantik, yang kaya, yang baik
keturunannya dan beriman.

1- Wanita solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini
seluruhnya adalah kesenangan. Tetapi sebaik-baik kesenangan di dunia
adalah isteri yang solehah.

2- Membantu suami ke jalan kebaikan, Rasulullah saw bersabda
"Hendaklahnya kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang
selalu berzikir, dan isteri mukminah yang menolongnya melakukan urusan
akhirat."

3- Wanita penyayang dan berketurunan, Rasulullah saw bersabda
"Nikahilah wanita yang penyayang dan berketurunan atau boleh
melahirkan zuriat, sebab aku akan membanggakan kalian di hadapan para
nabi kelak di hari kiamat".

Rasulullah saw menjelaskan jika wanita solehah adalah satu perkara
yang membawa kebaikan dalam hidup seorang lelaki, maka wanita yang
buruk (jahat) adalah salah satu dari empat perkara yang mendatangkan
penderitaan, seperti yang disebutkan dalam hadith sahih yang bermaksud:

"Di antara yang mendatangkan kebahagian itu ialah perempuan
solehah yang jika kamu melihatnya maka akan membuatmu
terhairan-hairan, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka dia
akan menjamin keamanannya pada dirinya dan hartamu. Dan di antara yang
mendatangkan penderitaan ialah wanita yang jika kamu melihatnya akan
bersikap buruk padamu dan melontarkan kata-kata yang kasar kepadamu,
dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka kamu tidak akan merasa
aman pada dirinya dan hartamu."

BERUSAHA MEMPERBAIKI ISTERI

Apabila isteri itu seorang yang solelah, maka itu merupakan kenikmatan
dan anugerah Allah (SWT). Tetapi, jika ia tidak solehah atau tidak
baik, maka merupakan kewajipan pemimpin rumah tangga untuk berusaha
memperbaikinya. Perkara ini boleh terjadi kerana beberapa sebab, di
antaranya jika seorang lelaki mengahwini wanita yang pada dasarnya
tidak taat agama, kerana lelaki tersebut pada mulanya tidak memberi
keutamaan pada aspek keagamaan calon isterinya, atau ia menikahinya
dengan harapan dapat memperbaikinya kemudian, atau kerana desakan dan
paksaan keluarganya. Namun, ia hendaklah terlebih dahulu mengetahui
bahawa yang memberi hidayah itu Allah (SWT), dan Allahlah yang
sebenarnya memperbaiki keadaan. Selain dari mendidik suami hendaklah
sentiasa berdoa semoga isteri mereka akan berubah menjadi insan yang
lebih baik dan akhir sekali bertawakkal kepada Allah (SWT).

Untuk memperbaiki isteri ada beberapa cara:

1. Memberikan tumpuan untuk memperbaiki cara peribadatannya kepada
Allah (SWT) Taala.
2. Berusaha memperbaiki aspek keimanannya, seperti:
a) Menganjurkannya melakukan qiyamullail (solat malam).
b) Menganjurkan supaya rajin membaca Quran.
c) Menganjurnya untuk menghafal zikir-zikir dan doa-doa serta
mengingatkannya agar melakukannya pada waktu-waktu dan
kesempatan-kesempatan yang di anjurkan.
d) Mendidiknya agar rajin bersedekah.
e) Menyuruhnya agar membaca buku-buku keislaman yang bermanfaat.
f) Menyuruhnya agar mendengar kaset-kaset keIslaman yang
berfaedah, baik yang berkenaan dengan ilmu pengetahuan mahupun
pembinaan keimanan, serta terus berusaha untuk menyediakan kaset-kaset
tersebut.
g) Memilih sahabat-sahabat dari kalangan wanita-wanita yang
beragama, dan mengikat tali persaudaraan bersama mereka, sebagai teman
berbincang dalam kebaikan dan saling kunjung-mengunjungi dengan
tujuan-tujuan yang bermanfaat.
h) Mencegahnya dari melakukan kejahatan dan menutup
pintu-pintunya dengan cara menjauhkannya dari bergaul dengan
teman-teman yang buruk perangainya dan menjauhi tempat-tempat kejahatan.

SUASANA RUMAH TANGGA YANG DIBERKATI

Rumah sebagai tempat mengingat Allah (SWT)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Perumpamaan rumah yang
dijadikan tempat mengingat Allah (SWT) dan rumah yang tidak dijadikan
tempat mengingat Allah (SWT) adalah bagaikan perbezaan antara orang
yang hidup dan orang yang telah meninggal."

Apabila rumah dijadikan tempat mengingat Allah (SWT), maka malaikat
akan masuk ke dalamnya dengan membawa rahmat dan berkat. Mengingat
Allah (SWT) dengan banyak membaca Al- Quran, solat, zikir dan mengkaji
ilmu agama dan membaca beraneka ragam ilmu. Selain itu rumah tersebut
juga harus jauh dari kemaksiatan dan kemungkaran dengan dipenuhi
dengan gambar-gambar khurafat, patung-patung, lagu-lagu yang
mengkhayalkan dan minuman keras.

Rumah sebagai kiblat, tempat sujud dan ibadah kepada Allah (SWT) Taala

* Pendidikan keimanan terhadap ahli keluarga
a) menyuruh isteri solat malam
b) menyuruh isteri bersedekah

Jika ketua rumah tangga ingin menunjukkan teladan yang baik bagi
anggota keluarganya maka hendaklah ia berpuasa pada ayyamul baidh
"Hari-hari purnama" (tanggal 13, 14, 15), puasa Isnin-Khamis, puasa
Hari Tasu'a (tanggal 9 Muharram), puasa Hari Asyura' (tanggal 10
muharram), puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) dan banyak berpuasa pada
bulan Muharram dan bulan Syawal, sehingga keteladanan ini akan menjadi
pendorong bagi ahli keluarga.

* Amalan sunnah dalam rumahtangga
a) Bacaan ketika masuk rumah, masuk ke rumah dengan menyebut
nama Allah (SWT).
b) Doa ketika keluar rumah, keluar rumah dengan menyebut nama
Allah (SWT) dan membaca doa.
c) Bersiwak, Rasulullah SAW apabila ingin masuk ke dalam rumah
baginda akan memakai siwak yaitu membersihkan gigi dengan kayu siwak.

Sentiasa mengamalkan doa-doa & amalan Rasulullah saw dalam apa jua
aktiviti kehidupan sehari-hari.

* Mengusir syaitan dari dalam rumah
Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah menjadikan rumah kalian
laksana kuburan. Sesungguhnya syaitan itu akan pergi dari rumah yang
dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya."

Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW menerangkan, "Bacalah surah
Al-Baqarah di dalam rumah kalian sebab syaitan tidak akan masuk ke
dalam rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya."

Mengenai keutamaan dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah itu, serta
pengaruhnya kerana membacanya di dalam rumah, baginda menyebutnya:
"Sesungguhnya Allah (SWT) Taala telah menulis sebuah kitab dua ribu
tahun sebelum Ia menciptakan langit dan bumi, dan kitab itu berada di
Arasy, dan Allah (SWT) telah menurunkan darinya dua ayat yang Allah
(SWT) jadikan sebagai penutup surah Al-Baqarah. Jika kedua ayat
tersebut tidak dibaca di dalam sebuah rumah selama tiga hari maka ia
akan didekati oleh syaitan."

MENGUTAMAKAN PENDIDIKAN AGAMA & MENGAJARKAN HUKUM-HUKUM ISLAM

1. Melakukan solat di rumah.
2. Bukan orang lain menjadi imam.
3. Meminta izin, hendaklah orang Islam meminta izin sebelum
memasuki mana-mana rumah, dan janganla dia masuk kecuali dengan izin
shahibu bait.
4. Tidak perlu meminta izin masuk ke rumah penginapan (tamu).
5. Diizinkan makan di rumah para keluarga.
6. Meminta izin masuk ke bilik istirehat ibu-bapa.
7. Larangan membuang masa di rumah orang lain tanpa izin mereka.
8. Menetap di rumah semasa iddah.
9. Memisahkan tempat tidur bagi isteri yang nusyuz (yang tidak taat
padanya) untuk memberi pengajaran supaya isteri tersebut berubah.
10. Tidak tidur malam sendirian di rumah, diriwayatkan oleh ibn Umar
Rasulullah SAW melarang orang bersendirian di dalam rumah kerana
bahaya bagi dirinya, larangan ini demi kemaslahatannya.
11. Tidak tidur di atas loteng yang tidak ada dindingnya, kerana
jika orang itu jatuh ke bawah lalu mati maka tidak ada orang yang
dapat dipertanggungjawabkan atas kematiannya.
12. Kucing tidak najis, dan Rasulullah SAW bersabda bahawa: "Kucing
tidak najis, dan termasuk binatang yang bolak-balik di hadapan kalian".

SALING BERKOMUNIKASI DALAM KELUARGA

1. Menyediakan masa bersama untuk ahli keluarga, Allah (SWT)
menerangkan di dalam Al-Quran, "sedang urusan mereka (diputuskan)
dengan musyawarah antara mereka….."
2. Menyembunyikan perselisihan keluarga di hadapan anak-anak.
3. Tidak menerima tetamu yang tidak disukai.
4. Mengawasi aktiviti-aktiviti keluarga, siapa teman mereka, apa
yang dibawa masuk ke dalam rumah, apa yang terdapat di dalam bilik
mereka dan ke mana anak-anak pergi dan dengan siapa mereka pergi.

MEMBERIKAN PERHATIAN KEPADA ANAK-ANAK

* Hafalan Al-Quran dan kisah-kisah dalam Islam
Tidak ada yang lebih baik bagi seorang bapa selain membacakan
ayat-ayat Al-Quran kepada anak-anaknya dan menerangkannya secara
sederhana, serta memberi hadiah apabila mereka menghafalnya. Anak-anak
dapat menghafal surah yang sering dibaca oleh bapanya misalnya,
apabila sering diadakan majlis ta'lim dirumah pada setiap jumaat dan
pada majlis itu sering dibaca surah Al- Kahfi maka tidak mustahil anak
itu dapat menghafal surah tersebut dengan cepat. Sering menceritakan
pada anak-anak kisah-kisah nabi, kisah teladan dan pahlawan –pahlawan
Islam. Mengajar anak-anak zikir dan doa-doa harian yang dapat
diamalkan oleh anak-anak seharian dan yang paling utama sekali bapa
harus menunjukkan contoh yang baik supaya dapat diikuti olah anak-anak.
* Memperhatikan sahabat anak-anak
* Menyediakan permainan yang bermanfaat
* Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan
* Akrab dan lemah lembut terhadap anak-anak
* Displin waktu tidur dan makan
* Menilai pekerjaan wanita di luar rumah, dengan memastikan bahawa
isteri dan anak-anak mempunyai pekerjaan dan halal di sisi agama
* Menjaga rahsia rumah-tangga
a) Tidak menyebarkan rahsia hubungan suami-isteri.
b) Tidak menyebarkan perselisihan-perselisihan yang terjadi
antara suami-isteri.
c) Tidak membongkar apa saja yang bersifat peribadi, sekiranya
dibongkar di hadapan orang lain akan menimbulkan mudharat bagi
rumahtangga atau salah seorang ahlinya.

KEPERIBADIAN DALAM RUMAHTANGGA

1. Bersikap lemah lembut terhadap ahli keluarga.
2. Membantu menyelesaikan pekerjaan rumah.
3. Bermesra dengan keluarga.
4. Mencegah akhlak tercela di dalam rumah seperti dusta, ghibah
(memperkatakan keburukan orang lain), namimah dan sebagainya.
5. Menggantungkan cabuk pada tempat yang dapat dilihat oleh anggota
keluarga, sebagai amaran bahawa apabila ada diantara anggota keluarga
yang melakukan kesalahan berat maka mereka akan dihukum.

MENGHINDARI KEMUNGKARAN DI DALAM RUMAH

1. Berhati-hati, jangan sampai kerabat yang bukan mahram masuk ke
dalam rumahnya yang ada wanita di dalamnya pada waktu ketiadaan suaminya.
2. Memisahkan para lelaki dan wanita ketika melakukan kunjungan
keluarga.
3. Bersikap waspada pada pemandu dan pembantu rumah.
4. Berhati-hati pada bahaya TV dan video.
5. Berhati-hati pada bahaya telefon.
6. Wajib menghilangkan segala bentuk symbol keagamaan orang-orang
kafir dan agama batil dari dalam rumah.
7. Menghilangkan gambar-gambar yang bernyawa.
8. Laranglah merokok di rumah anda.
9. Hindari jangan sampai anda suka memelihara anjing di rumah.
10. Menghindari mengukir atau menghiasi rumah sehingga menyerupai
rumah orang kafir.

MEMILIH LOKASI DAN SUASANA KEDIAMAN

1. Lokasi rumah
Sebaiknya, lokasinya dekat dengan masjid. Dalam hal ini,
terdapat berbagai faedah yang amat besar nilainya, dengan mendengar
azan, maka akan memudahkan bagi kaum lelaki pergi solat berjemaah,
bagi wanita mudah ke majlis ilmu dan bagi kanak-kanak pergi ke kelas
Al-Quran. Hendaklah rumah itu tidak berada pada bangunan yang ada
kefasikan, atau berada pada kompleks perumahan yang ada padanya
orang-orang kafir dan didalamnya terdapat kolam renang yang akan
berkumpul lelaki dan perempuan. Kemudian rumah tidak terbuka, kalau
pun terjadi demikian maka hendaklah dibuat tabir atau dengan
meninggikan tembok.
2. Suasana di dalam rumah, hendaklah diperhatikan kemungkinan
memisahkan antara lelaki dan perempuan dengan memasuki pintu yang
berlainan. Jika hal ini tidak ada memadai dengan memasang pemisah
dengan kain.
3. Memilih tetangga dahulu sebelum memilih rumah
Rasulullah Saw telah memberitahu mengenai empat perkara yang
dapat mendatangkan kebahagian, lalu baginda menyebut hal itu, dan di
antaranya ialah al-jar ash-shalih tetangga yang soleh. Juga baginda
memberitahukan empat perkara yang dapat mendatangkan keburukan di
antaranya ialah al-jar as-su' tetangga yang jahat.
4. Menyediakan kemudahan untuk ahli keluarga, kemudahan perabot di
rumah dan keselesaan di rumah.
5. Mengutamakan kesihatan ahli keluarga. Rasulullah SAW apabila
salah seorang dari keluarganya mengalami sakit, baginda menghembuskan
berbagai bacaan ta'awwudz (meminta perlindungan) kepadanya.

Dinukil dari buku " RumahTangga Idola"
Oleh Muhammad Al-Munajjid
Darul Nu'man

Kad Kahwin Terbaru

Kad Kahwin Bunga Cinta 06

Kad Kahwin Bunga Cinta 05

Kad Kahwin Bunga Cinta 04

Kad Kahwin Bunga Cinta 03

Kad Kahwin Bunga Cinta 02

Kad Kahwin Bunga Cinta 01

Kad Kahwin Moden Kira 04

Kad Kahwin Moden Kira 03

Kad Kahwin Moden Kira 02

Kad Kahwin Moden Kira 01

Kad Kahwin Bahtera 06

Kad Kahwin Bahtera 05

Kad Kahwin Bahtera 04

Kad Kahwin Bahtera 03

Kad Kahwin Bahtera 02

Kad Kahwin Bahtera 01

Kad Kahwin Idaman 01

Kad Kahwin Cinta 06

Kad Kahwin Cinta 05

Kad Kahwin Cinta 04

Berita/Artikel Terbaru

Main Menu

Kategori Kad Perkahwinan

Artikel

Komen Terbaru

Ringkas Kad Kahwin

Rekabentuk Web & Kad Kahwin Adalah Harta Intelek. ... Pilihan kad kahwin dari lebih 1000 jenis yang terdiri dari pelbagai koleksi. ...

KadKahwin.biz designed by PDNiaga.com

No comments:

Post a Comment